Dari Umar bin Khattab ra, Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesungguhnya amal perbuatan yang terus berjalan setelah mati adalah ilmu yang bermanfaat, sedekah jariyah, atau anak yang soleh yang mendoakannya."
Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesungguhnya ketika seorang manusia meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakannya."
Dari Uthman bin Affan ra, Rasulullah ﷺ bersabda, "Sebaik-baik hartamu adalah yang engkau nafkahkan untuk kepentingan keluargamu, dan sebaik-baik amalanmu adalah yang engkau perbuat untuk kepentingan orang lain."
Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah ﷺ bersabda, "Orang yang wafat masih terus mendapatkan pahala dari tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, atau doa anak yang sholeh untuknya."
Mohon bantuan untuk menyumbangkan infak tunai seikhlas hati kepada diri sendiri, ibu bapa, atau keluarga, demi merealisasikan inisiatif pembinaan masjid ini.
Sebuah masjid akan dibina di atas tanah berkeluasan 10,117 meter persegi di Lot PT 12946, Bandar Mutiara, 08000 Sungai Petani, Kedah. Anggaran kos pembinaan masjid tersebut adalah sebanyak RM8.4 juta
Buat sementara ini jemaah kariah Bandar Mutiara mengerjakan solat Jumaat di Surau Al-Banna. Surau tersebut hanya dapat menampung maksimum 500 orang jemaah sahaja. Bilangan jemaah semakin bertambah sejak kebelakangan ini dengan bilangan penduduk yang juga bertambah. Selain daripada solat-solat fardhu dan sunat hari raya, kuliahkuliah dan kelas-kelas pengajian agama serta lain-lain aktiviti keagamaan juga dijalankan disurau tersebut.
“Sesiapa saja yang seikhlas hati mendirikan masjid walau sekecil manapun, dia tetap akan mendapat pahala berterusan setelah masjid berkenaan digunakan oleh orang ramai untuk membuat amal dan ibadah. Malah ganjaran daripada Allah s.w.t. adalah sebuah rumah di syurga kepada mereka yang membina masjid…”